Sesi 'Checkup Tahap Bacaan' secara personal one on one dengan guru, melalui Google Meet. Bukan ujian, bukan peperiksaan. Kita cuma nak tahu di mana anda berdiri sekarang — supaya anda tahu langkah seterusnya.
Tempah slot percuma saya
Sejak 2015, kami membantu golongan dewasa yang belum kenal huruf belajar membaca Al-Quran — dengan sabar, tanpa istilah yang memeningkan, dan tanpa rasa malu.
Supaya anda tak tertanya-tanya sebelum masuk.
Guru tanya sikit latar belakang anda. Bila kali terakhir mengaji, apa yang buat anda berhenti dulu.
Beberapa baris sahaja. Kalau anda rasa belum sedia, kita langkau bahagian ini. Betul-betul tak apa.
Terus terang, tanpa berselindung. Apa yang perlu terus dikekalkan, apa yang boleh ditambah baik.
Satu perkara praktikal yang anda boleh mula buat esok. Boleh terus tambah baik tahap bacaan anda.
Ramai yang datang sesi ini langsung tak kenal huruf. Ada yang berumur 50-an, 60-an. Ada yang dah cuba belajar tiga kali sebelum ini dan berhenti separuh jalan.
Anda bukan yang pertama, dan anda bukan yang paling teruk. Guru kami dah dengar semuanya. Tak ada apa yang perlu dimalukan di sini.
Bukan sekadar sembang 20 minit. Selepas sesi, guru hantar laporan peribadi ini melalui WhatsApp — anda simpan, dan boleh rujuk bila-bila.
Ini adalah sesi Checkup dan Bimbingan Peribadi dengan guru. Bukan kelas ramai-ramai. Sesi ini ditaja sepenuhnya oleh Celik Quran supaya anda kenal dulu masalah sebenar bacaan anda, sebelum putuskan langkah seterusnya.
Kami hantar pautan Google Meet ke nombor ini.
Jawab dengan jujur. Segala jawapan kami simpan sebagai privasi.