Check-up bacaan · Percuma · 20 minit

Tak kenal huruf pun tak apa.
Kita mula dari situ.

Sesi 'Checkup Tahap Bacaan' secara personal one on one dengan guru, melalui Google Meet. Bukan ujian, bukan peperiksaan. Kita cuma nak tahu di mana anda berdiri sekarang — supaya anda tahu langkah seterusnya.

Tempah slot percuma saya
Menyertai lebih 7,438 pelajar dewasa yang telah dibimbing sejak 2015
Ustaz Syukur Sapuan
DIASASKAN OLEH

Ustaz Syukur Sapuan

Sejak 2015, kami membantu golongan dewasa yang belum kenal huruf belajar membaca Al-Quran — dengan sabar, tanpa istilah yang memeningkan, dan tanpa rasa malu.

✓ Membimbing sejak 2015 ✓ Lebih 7,438 pelajar dewasa ✓ Bimbingan One on One

Apa yang berlaku dalam 20 minit itu?

Supaya anda tak tertanya-tanya sebelum masuk.

0min

Kita sembang dulu

Guru tanya sikit latar belakang anda. Bila kali terakhir mengaji, apa yang buat anda berhenti dulu.

5min

Cuba baca sikit

Beberapa baris sahaja. Kalau anda rasa belum sedia, kita langkau bahagian ini. Betul-betul tak apa.

12min

Guru beritahu kedudukan anda

Terus terang, tanpa berselindung. Apa yang perlu terus dikekalkan, apa yang boleh ditambah baik.

16min

Anda pulang dengan satu langkah

Satu perkara praktikal yang anda boleh mula buat esok. Boleh terus tambah baik tahap bacaan anda.

Ramai yang datang sesi ini langsung tak kenal huruf. Ada yang berumur 50-an, 60-an. Ada yang dah cuba belajar tiga kali sebelum ini dan berhenti separuh jalan.

Anda bukan yang pertama, dan anda bukan yang paling teruk. Guru kami dah dengar semuanya. Tak ada apa yang perlu dimalukan di sini.

Anda pulang dengan laporan bertulis

Bukan sekadar sembang 20 minit. Selepas sesi, guru hantar laporan peribadi ini melalui WhatsApp — anda simpan, dan boleh rujuk bila-bila.

Nama Pelajar
Sesi Checkup Bacaan
📈 Semakin Maju
8
/ 15
Contoh penilaian
🔤 Huruf3/5
★★★★★
"Sudah mengenali huruf apabila ia tunggal. Bila disambung, tuan mula keliru — Sod dan Dhod tertukar."
"
Sejujurnya, bacaan tuan lebih baik daripada yang tuan sangka.
Latih huruf bersambung — Sod, Dhod, Tho, Zho
Baca 3 baris sehari, perlahan
…dan ulasan penuh guru dalam laporan sebenar yang dihantar ke WhatsApp tuan.
Contoh paparan. Nama dikaburkan — laporan sebenar hanya dilihat oleh pelajar itu sendiri.
💎 Harga Sebenar Minima
RM50 PERCUMA

Ini adalah sesi Checkup dan Bimbingan Peribadi dengan guru. Bukan kelas ramai-ramai. Sesi ini ditaja sepenuhnya oleh Celik Quran supaya anda kenal dulu masalah sebenar bacaan anda, sebelum putuskan langkah seterusnya.

Langkah 1 / 2

Kenalkan diri anda

Kami hantar pautan Google Meet ke nombor ini.

Jawab dengan jujur. Segala jawapan kami simpan sebagai privasi.